[VIDEO] Azizulhasni hulur sumbangan ringan beban mereka terjejas akibat Covid-19

0
527

KEDUDUKAN dan status yang dikecapi Datuk Azizulhasni Awang hari ini tidak sesekali membuatnya lupa kepada masyarakat setempat khususnya di kampung kelahirannya di Dungun Terengganu.

Simpati terhadap nasib golongan kurang bernasib baik yang terkesan akibat Covid-19, jaguh sukan berbasikal trek negara itu bersama keluarga menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya pagi tadi, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu berkongsi video pendek menyerahkan bungkusan makanan kepada beberapa individu bagi meringankan beban mereka menghadapi pandemik ini.

Azizul bersama sepupunya Talhah, berganding bahu menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang terkesan di kampung beliau.

Lebih terkesan bagi jaguh berbasikal trek negara itu ada dalam kalangan penerima bantuan tersebut merupakan rakan-rakan satu sekolah dahulu.

Sementara itu, orang ramai turut memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan turut berterima kasih di atas usaha mulia beliau.

“Alhamdulillah. Semoga semakin bertambah rezeki,” ujar @sr.sitihajar.

“Alhamdulillah. Semoga di murahkan lagi rezeki. InsyaAllah, Amin,” kata @nurezzatidayana.

Mengulas lanjut, Azizul juga menyeru orang ramai supaya saling membantu antara satu sama lain mengikut kemampuan sendiri.

“Tak boleh banyak, sedikit pun sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada mereka ini. Sesungguhnya Allah suka orang yang memberi.” katanya lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here