19,198 kes baharu Covid-19, Sarawak melonjak 5,291 kes

0
201

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 di negara ini turun sedikit hari ini apabila merekodkan sebanyak 19,198 kes hari ini berbanding 19,550 jangkitan semalam.

Penurunan 352 kes itu sekali gus menjadikan kumulatif kes Covid-19 di negara setakat ini ialah sebanyak 1,979,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi apabila mencatatkan sebanyak 5,291 kes baharu berbanding 3,743 kes semalam, kenaikan sebanyak 1,548 kes.

Selangor dan Johor mencatatkan lebih 2,000 kes dengan masing-masing mencatatkan 2,347 kes dan Johor 2,110 kes.

Lima negeri lain pula mencatatkan lebih 1,000 kes positif iaitu Sabah (1,717 kes), Kelantan (1,435 kes), Pulau Pinang (1,309 kes), Kedah (1,256 kes) dan Perak (1,118 kes).

Selain itu, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing berjaya mengekalkan rekod kepada tiga digit kes sahaja.

Sementara itu, Labuan menjadi wilayah yang menyaksikan rekod jangkitan paling rendah iaitu tiga jangkitan, Putrajaya 32 kes dan Perlis 67 kes. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here