[VIDEO] Tak peduli terik mentari jual Chicken Chop tepi jalan

0
526

KADANG KALA, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya hanya wang ringgit, tetapi sokongan orang ramai berkongsi maklumat pun dianggap satu rezeki.

Itulah yang terjadi kepada seorang penjual makanan chicken chop jalanan di Pulau Pinang. Gelagatnya yang menjual makanan dengan meletakkan kotak di atas motosikal dan menjaja di tepi jalan menarik perhatian ramai.

Pemuda dari Terengganu, Mohd. Firdaus Kamaruddin sanggup berjemur di terik matahari bermula pukul 2 petang untuk menjual chicken chop di tepi jalan di Bukit Mertajam. 

Mohd. Firdaus menyusun kotak yang dibaluti plastik biru di atas motosikalnya, sambil memegang sepanduk chicken chop RM10 dan menunggu pelanggan memberhentikan kenderaan untuk membeli makanan barat tersebut.

Pemuda itu dibantu oleh keluarga angkat bagi menyediakan makanan tersebut sebelum dijual di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Alma, Jalan Bukit Minyak, Kampung Telok, Bukit Mertajam.

Gelagat Mohd Firdaus mencari rezeki di musim pandemik Covid-19 ini menarik perhatian apabila aksinya dirakam dan mula dimuat nak di media sosial.

Rakaman video berdurasi 3 minit 14 saat yang dimuatnaik di Facebook Penang Foodie itu telah mendapat lebih sejuta tontonan dan turut mendapat sokongan daripada netizen.

Rata-rata pengguna Facebook turut memberi komen dan mendoakan supaya urusan pemuda itu dipermudahkan dalam usahanya mencari rezeki, demi sesuap nasi. 

Kini popularitinya makin meningkat apabila video itu mula dikongsi warganet di platfrom Facebook, Instagram dan Tik Tok. 

“Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kau adik,” kata Noor Hamimi Haron.

“Semoga dipermudah urusan mencari rezeki dan dipermudahkn semua urusan nya insyaAllah,” ujar Siti Mariani di Facebook.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Karloz Karl  bersikap prihatin dengan memberi nasihat supaya motor pemuda tidak terlalu dekat dengan jalan kerana ianya merbahaya.

“kalau boleh motor tu kebelakang skit, macam bahaya tepi line betul betul kalau lori ke moto laju ke” katanya. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here