Sharnaaz dan Shukri Yahaya guna filter Pak Arab di IG, perli selebriti terkenal

0
282

DUA pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sememangnya bersahabat baik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, mereka kerap berhubung dan membuat IG live bersama berborak sambil menyapa peminat.

Selepas lama tidak menyapa peminat di media sosial, kali ini mereka kembali dengan bergurau bermain filter di Intagram dan live mereka telah dimuat naik kembali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_syifahanafi sehingga ramai yang turut terhibur sama menonton telatah dua aktor popular ini.

Namun, apa yang mencuri tumpuan sudah tentu salah satu filter yang digunakan Sharnaaz yang memperlihatkannya seperti orang Arab dan mula memerli seorang selebriti terkenal yang dikatakan baru pulang ke Malaysia setelah hampir dua bulan berada di Mesir.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah dua pelakon tersebut namun ada juga yang turut tidak bersetuju dengan tindakan mereka berdua. 

“Bila lelaki membawang kalah pmpuann wehhh,” kata seorang pengguna Tiktok, @intanzdotco 

“Sharnaz dngan shukri dua2 masuk ayaq buwahahahahaha” kata @Caliana di Tiktok.

Selain itu, ada juga yang turut berpendapat bahawa tindakan mereka itu tidak wajar.

“Sesapa pun bila jadi public figure, kalau boleh jadilah contoh yang baik.” kata @ferdidilolla di Tiktok.

Seorang lagi pengguna Tiktok @FreshCrops berkata, mereka ini species yang orang dah diam, dia kecoh kecoh lagi ni, ini la punca orang berlaga. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here