[VIDEO] Gurauan Sharnaaz silap besar – Caprice

0
534

SESI IG live pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya semalam menjadi bualan hangat di media sosial dan kebanyakan netizen mendakwa tindakan Sharnaaz memakai filter serban serta cara percakapannya seolah meniru gaya penyanyi Rap terkenal iaitu Caprice.

Berikutan daripada isu itu, Caprice telah tampil memberi respon dan memberitahu orang ramai bahawa Sharnaaz hanya berani dari jauh sahaja selain menyifatkan pelakon itu seperti ‘sotong’.

“Oh man mamu, big mistake brother, you want have a problem with Caprice, dengar sini, pertama sekali, lebih baik hang tulis surat dekat KKM minta mereka extend kuarantin saya.

“Tapi kita bagi hang 3-4 jam lah untuk fikir secara waras sebab Ampang, Damansara, KL terlalu kecil, bro, hang fikirlah secara waras, call you punya brother brother dulu, if you want to have this problem, I’ll see you when I see you, InsyaAllah,” kata Caprice menerusi Instagram.

Bagaimanapun, tidak lama selepas Caprice memberi respon, Sharnaaz sekali lagi tampil membalas menerusi Instagram dengan menyatakan mereka berdua akan selesaikan perkara itu secara elok.

“Insyaallah aku dengan Caprice akan selesaikan perkara ini dengan elok, aku rasa dari pihak aku gurauan daripada awal mungkin keterlaluan.

“Aku sebagai orang yang lebih matang, aku minta maaf kepada dia, yang lain terpulang kepada dia,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here