Sikap prihatin penghantar makanan terhadap anjing dapat perhatian ramai

0
343

RAMAI dalam kalangan penghantar makanan atau posmen mempunyai pengalaman buruk apabila berhadapan dengan anjing menyebabkan mereka menjauhi haiwan itu.

Namun, bagi seorang penunggang Grab, kisah-kisah sebegitu tidak menjadi penghalang untuk berikan perhatian kepada haiwan berkenaan.

Bahkan, kemuliaan hati lelaki itu terhadap haiwan yang sering dipandang negatif segelintir masyarakat itu mendapat pujian netizen yang menontonnya dalam satu video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia.

Video berdurasi selama seminit 39 saat itu menunjukkan dia menyiapkan makanan untuk anjing kelaparan itu dengan penuh ihsan.

Dapat dilihat juga, penghantar makanan itu sanggup mengipaskan makanan tersebut yang masih panas supaya ia sedikit sejuk agar boleh dimakan dengan lebih selesa.

Orang ramai juga turut tersentuh hati dan memuji penghantar makanan tersebut apabila dia sanggup menunggu anjing tersebut habis makan dan membersihkan tempat makan anjing itu.

Selain itu, sikap perihatin penghantar makanan tersebut terhadap anjing itu juga mendapat perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia yang turut sama memuji akhlak kebersihan dan keberanian yang ditunjukkan oleh penghantar makanan tersebut. 

Persatuan Haiwan Malaysia turut berterima kasih di atas kerja kemanusiaan yang dilakukan oleh penghantar makanan tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here