Covid-19: 19,307 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

0
299

SEBANYAK 19,307 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,118 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,919,774.

Dalam hantaran sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat hari ini ialah 82 peratus atau 1,292 daripada 1,575 katil, manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (13,778) daripada 17,984.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,700 (633,275)
WPKL – 513 (178,670)
Sabah – 2,298 (167,737)
Johor – 2,032 (157,532)
Sarawak – 3,118 (144,030)
Kedah – 1,355 (113,473)
Pulau Pinang – 2,243 (103,149)
Negeri Sembilan – 207 (93,734)
Kelantan – 1,438 (89,725)
Perak – 1,341 (78,817)
Melaka – 340 (51,928)
Pahang – 661 (49,468)
Terengganu – 910 (40,142)
WP Labuan – 15 (9,865)
WP Putrajaya – 28 (5,655)
Perlis – 108 (2,574)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here