27,627 pemandu e-hailing terima RM500 Jumaat ini

0
409

SERAMAI 27,627 pemandu e-hailing yang belum menerima bantuan RM500 menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bakal menerima bayaran itu, Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata bayaran baki bantuan itu kepada pemandu layak disalurkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 3 September lalu.

Katanya, APAD dalam proses melakukan pembayaran kepada penerima melalui Hong Leong Bank yang dilakukan secara autokredit.

“Kementerian memohon maaf atas kelewatan penyaluran bantuan ini. Kami berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan mereka berdepan ujian pandemik COVID-19,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Ka Siong berkata, berdasarkan senarai dikeluarkan APAD, seramai 56,092 pemandu e-hailing memenuhi syarat, layak menerima bantuan sekali bayaran bantuan PEMERKASA berjumlah RM500.

Sebelum ini APAD membuat pembayaran kepada 28,465 pemandu e-hailing yang layak bermula 26 Julai hingga 6 Ogos lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here