Mayat kanak-kanak OKU hilang ditemukan terapung di lombong

0
331

SUSULAN kehilangan kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) di Taman Kinta Baru Gopeng sejak petang semalam.

Pada pukul 9.45 pagi hari ini pasukan mencari menemukan mayat kanak-kanak lelaki OKU berusia 6 tahun berkenaan, terapung di tepi lombong berdekatan rumah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mayat mangsa ditemukan pasukan operasi mencari dari Balai Gopeng.

“Pasukan operasi mencari dari Balai Gopeng berjaya menemui mangsa dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong dalam jarak 80 meter dari rumah keluarga mangsa.

“Mayat mangsa dibawa naik oleh pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dibuat dan didapati tiada elemen ‘foul play‘ dan pengecaman mayat dibuat oleh keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar bagi tujuan bedah siasat.

“Siasatan diteruskan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here