Waris nahas MH17 beri keterangan

0
254

PULUHAN anggota keluarga 298 mangsa nahas pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 akan mula memberikan keterangan pada Isnin, dalam perbicaraan terhadap empat suspek yang dituduh melakukan serangan berkenaan.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dengan dibedil peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia, menurut penyiasat serta pendakwa antarabangsa.

Media di Amsterdam, Belanda melaporkan tiga rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine yang disyaki memainkan peranan utama dalam kumpulan pemisah kini dibicarakan atas tuduhan bunuh.

Moscow enggan mengekstradisi mereka yang berada di Rusia, selain menafikan bertanggungjawab seperti didakwa oleh kerajaan Belanda.

Kapal terbang itu terhempas di sebuah padang dalam wilayah dikuasai kumpulan pemisah pro-Rusia yang menentang tentera Ukraine.

Ketika kejadian pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh sewaktu melalui ruang udara sempadan Ukraine-Rusia dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Mahkamah menetapkan tiga minggu untuk mendengar keterangan beberapa ahli keluarga mangsa, selain menyemak kira-kira 100 kenyataan bertulis yang diberikan sebilangan yang lain.

Ria van der Steen bakal memberi keterangan pertama daripada 90 keluarga dari lapan negara untuk menceritakan bagaimana kesan nahas itu terhadap hidup mereka.

Selepas menghimpunkan bukti selama beberapa tahun, pada Mei 2018 sepasukan penyiasat antarabangsa menyimpulkan bahawa pelancar yang digunakan untuk menembak peluru berpandu berkenaan adalah milik Briged ke-53 Peluru Berpandu Antipesawat Rusia.

Suspek yang masih tidak ada dalam tahanan itu dibicarakan sejak setahun setengah lalu.

Hanya seorang daripadanya menghantar peguam bela untuk mewakilinya, bererti kes itu tidak dianggap dibicarakan secara “in absentia” (tanpa kehadiran tertuduh) mengikut undang-undang Belanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here