Pemandu Myvi hanyut ditemui

0
497

MAYAT seorang lelaki, dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Kiansom, Inanam di Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu, ditemui, hari ini.

Mangsa nahas, Simon Sanga Tupe, 68, ditemui oleh penduduk kampung berdekatan dengan sungai Kiansom di Kg Dambai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

“Kita akan mendapatkan pengesahan identiti lain daripada ahli keluarga,” katanya.

Kereta Myvi itu sebelum ini ditemui dan dibawa keluar dari sungai, dengan penemuan mayat penumpang, Juning Maturin, 27, yang terperangkap di tempat duduknya.

Simon bagaimanapun tidak berada di dalam kenderaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, tular video menunjukkan sebuah kereta Myvi berwarna putih dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir. Video itu dirakam penumpang kenderaan lain yang turut menjerit apabila melihat kereta itu ditolak arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sejak Jumaat lalu dan turut mendapatkan bantuan penduduk setempat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here