JAIS tidak lantik pihak ketiga atur temujanji urusan kahwin

0
264

JAIS TIDAK LANTIK PIHAK KETIGA UNTUK JANJI TEMU URUSAN PERKAHWINAN

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan.

JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja.

“Segera laporkan kepada JAIS jika ada individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu JAIS.

“Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon iaitu 03-5514 3400/ 03-5514 3600 atau e-mel ke [email protected],” menurut hantaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here