[VIDEO] Tiga pingat emas paralimpik sejukkan hati peminat

0
288

SUHU kemarahan peminat sukan tanah air berhubung isu pingat emas Muhammad Ziyad ditarik balik kembali reda. 

Tetapi, bukannya kerana pingat emas itu dikembalikan, cuma ia digantikan dengan dua pingat emas lain di temasya Paralimpik Tokyo 2020, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pungutan tiga pingat emas.

Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin membuka cerita ceria apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara powerlifting kategori 72 kg, dengan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

Kemeriahan itu diteruskan apabila jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua negara selepas menumbangkan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi, di pentas akhir. 

Liek Hou muncul juara Kumpulan B kategori SU5 selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut.

Abdul Latif Romly tidak menunggu lama untuk menyumbang emas ketiga apabila Jaguh lompat jauh negara ini menutup tirai saingan dengan kilauan emas. 

Sebelum itu, Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun juga menaiki podium apabila masing-masing meraih pingat perak.

Kejayaan jaguh negara ini turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang turut menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian membanggakan mereka. 

Baginda yakin, kejayaan seperti itu mampu dicapai jika atlet negara sentiasa bekerja kuat dan mempamerkan semangat juang tinggi di peringkat tempatan atau antarabangsa. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here