Jakim kaji guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka – Idris Ahmad

0
282

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengkaji untuk melarang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang belum atau enggan menerima vaksin Covid-19 untuk dikecualikan daripada aktiviti pengajaran secara bersemuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perbincangan perkara itu akan dilakukan di peringkat pengurusan Jakim dalam tempoh terdekat.

‘Justeri kita menasihatkan agar semua guru KAFA tidak menolak daripada mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.

“Saya nasihatkan (guru-gura KAFA) supaya ambil vaksin. Apa yang kita takut sangat soal vaksin ini? Setakat hari ini, ramai orang meninggal dunia disebabkan COVID-19 daripada meninggal dunia (disebabkan) kena vaksin.

“Bab ini (vaksin) saya tidak boleh hurai panjang kerana bukan bidang kuasa saya, kepakaran itu (pada) bahagian KKM (Kementerian Kesihatan). Perkara ini akan dibincangkan di pihak bahagian pendidikan yang kendalikan KAFA,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dari tiga perkampungan di Taiping, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada Jakim akan mengambil langkah sama seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap guru KAFA yang masih atau enggan divaksin.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menegaskan, seramai 2,500 guru yang enggan atau belum divaksin tetap perlu ke sekolah namun akan diberi tugasan lain yang tidak membabitkan aktiviti pengajaran di dalam kelas secara bersemuka dengan pelajar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here