TMJ:Wanita bersalin sendirian di HSI tidak patut sepatutnya berlaku lagi

0
233

Oleh ABU UBAIDILAH RAHMAN

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kejadian seorang wanita yang bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru tidak sepatutnya berlaku.

Tunku Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu dan individu berkenaan telah diberikan peringatan dan amaran.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan JKNJ.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin.

“Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” kata Tunku Mahkota Johor dalam satu ciapan menerusi Twitter miliknya, semalam.

Tangkap layar daripada Tweeter TMJ yang mengingatkan supaya kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di HSI tidak berlaku lagi

Semalam, tular dalam media sosial seorang wanita melalui proses bersalin secara bersendirian di dewan bersalin HSI di sini, pada 31 Julai lalu.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut.

Dr. Aman berkata, wanita berusia 36 tahun itu mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu hadir ke bilik saringan pada pukul 5.33 pagi, 23 Julai lalu kerana mempunyai tanda awal bersalin.

“Pesakit merupakan kontak rapat kepada suami yang positif Covid-19 dan telah diperiksa pegawai perubatan yang mendapati dia di peringkat awal kelahiran (bukaan pangkal rahim 3 sentimeter) dan dimasukkan dalam bilik isolasi pada pukul 10.18 pagi sementara menunggu keputusan ujian Covid PCR,” ujar Dr. Aman.

Beliau berkata, perkara tersebut bagaimanapun akan disiasat pihak JKNJ. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here