Kit ujian kendiri Covid-19 ditetapkan RM19.90

0
274

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menetapkan harga kawalan kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, berkuat kuasa Ahad ini.

Menerusi kenyataan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, harga borong kit ujian pula dijual pada harga maksimum RM16.

“Permintaan terhadap kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai bagi membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas daripada wabak COVID-19.

“Berikutan itu KPDNHEP sudah mengadakan libat urus dengan semua pemain industri tempatan dan pengimport dalam menentukan harga kawalan yang berpatutan bagi semua pihak.

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan di Twitter pula berkata, KKM juga akan mengkaji harga pembelian secara pukal untuk harga yang lebih rendah dan akan melihat isu pemberian kit percuma untuk keluarga B40. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here