Kerajaan sediakan kediaman untuk golongan terkesan pandemik

Kemudahan kediaman pada sewa minimum

0
278

KERAJAAN akan menyediakan kediaman bagi golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 pada kadar sewa paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurut beliau, maklumat lanjut berhubung inisiatif bantuan kediaman untuk penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19 itu akan diumumkan pada Isnin ini, yang merupakan antara fokus utama beliau apabila menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tambah beliau, pandemik Covid-19 memberi impak besar pada sudut ekonomi rakyat hingga ada yang hilang pekerjaan, tidak mampu menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa kediaman dan antara mereka ialah golongan penjaja, peniaga kecil dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Reezal Merican juga berkata, mereka bukan sahaja kehilangan kerja malah hilang kediaman apabila tidak mampu bayar sewa. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here