Penggunaan katil ICU di tiga negeri melebihi 100 peratus

0
212

ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SABAH, Kedah dan Perak merekodkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melebihi 100 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mempunyai kapasiti 145 katil ICU dengan penggunaannya 126 peratus.

“Jumlah katil bukan ICU di Sabah pula adalah 1,884 dengan penggunaannya 92 peratus manakala penggunaan katil di Kedah pula berada pada kadar 121 peratus berbanding kapasitinya, 104 katil ICU.

“Kapasiti katil bukan ICU di Kedah adalah 1,165 dan penggunaannya menghampiri paras maksimum iaitu 94 peratus,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Bagi Kedah pula katanya, sebanyak 107 peratus penggunaan katil ICU direkodkan melebihi kapasiti 90 katil.

Sementara itu beliau berkata, terdapat 1,054 katil bukan ICU di negeri itu dan penggunaan 94 peratus.

Katanya, Selangor dan Kelantan turut melaporkan menggunakan katil ICU sebanyak 99 peratus dengan masing-masing kapasiti 350 dan 77 katil.

“Tiada sebarang kes dilaporkan di ICU Perlis dengan kapasiti katilnya kekal 18 buah. Selain itu, Negeri Sembilan turut merekodkan penggunaan katil ICU yang rendah iaitu 43 peratus berbanding kapasitinya, 88 katil.

“Penggunaan katil bukan ICU di negeri itu juga rendah iaitu 29 peratus dengan kapasiti 1,084 katil,” ujarnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here