Azhar nafi tolak usul tukar Speaker Dewan Rakyat

0
322

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, menafikan menolak usul daripada Ahli Parlimen untuk beliau mengosongkan jawatan itu.

Katanya, beliau sudah menerima usul itu dan turut mencadangkan calon selepas mengosongkan jawatan berkenaan.

Tambah Azhar, sebarang keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon.

Jelas beliau, sebaik sahaja menerima usul-usul tersebut, satu surut telah diutuskan kepada semua pengusul menyatakan beliah tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai perkara berkenaan.

Tegas Azhar, keputusan itu dibuat kerana beliau mempunyai percanggahan kepentingan dalan perkara berkaitan .

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia berkaitan perkara ini yang disiarkan pada 1 September 2021 bertajuk 15 Usul Tukar Speaker di Tolak.

“Laporan Utusan Malaysia yang mengatakan, antara lainnya, bahawa saya telah ‘mengetepikan usul itu daripada dibahas’ dan juga yang mempunyai unsur inuendo bahawa usul-usul berkenaan telah ditolak oleh saya adalah tidak benar dan saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here