[VIDEO] Lawan pandemik dengan semangat kemerdekaan

0
556

Semangat perjuangan menentang penjajah demi kemerdekaan tanah air dahulu, perlu diterapkan dalam mendepani cabaran penularan Covid-19 kini.

Enam puluh empat tahun berlalu, kini negara umpama dijajah kembali, namun, penjajahan kali ini tanpa ketumbukan tentera jauh sekali pertempuran bersenjata. 

Yang ada hanyalah musuh yang tidak zahir, tetapi membunuh dan menyekat kebebasan keseluruhan penduduk sebuah negara yang merdeka. 

Ia bukanlah satu pertempuran yang mudah, peperangan kita bukan dengan senjata, tetapi kesiapsagaan kendiri melalui vaksinisasi, sanitasi dan pematuhan SOP.

Walaupun sambutan kali ini disekat oleh pandemik, kita harus jadikan semangat kemerdekaan kita untuk terus menentang musuh utama Covid-19.

Ia mungkin mengambil masa, tetapi kita harus kuat dan terus berjuang demi kemerdekaan yang kita pernah capai, suatu ketika dulu.

Dengan sebab itulah seluruh warganegara perlu menghayati sambutan kemerdekaan kali ini dengan semangat perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang dahulu.

Perjuangan mereka pantang berundur, perjuangan mereka tanpa lelah, perjuangan mereka sehingga Malaya merdeka. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here