Kadar vaksinasi kian meningkat, pesakit semakin berkurangan

0
443

KEMASUKAN pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital Lembah Klang hari ini menunjukkan penurunan yang selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos lengkap.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar vaksinasi COVID-19 yang kian meningkat khususnya di Lembah Klang terus menunjukkan tanda-tanda awal yang positif. 

“Terkini, kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU di hospital-hospital Lembah Klang menunjukkan trend penurunan selari dengan peningkatan liputan vaksinasi dos yang lengkap,”

“Di Hospital Sungai Buloh khususnya, kemasukan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 semakin berkurangan,” katanya menerusi catatan Facebook beliau.

Dr. Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai untuk bersama-sama berusaha memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang yang layak menerima dos vaksinasi lengkap bagi mengurangkan risiko kemasukan ke ICU dan mengurangkan risiko kematian akibat Covid-19.

“Memakai pelitup muka (sebaik-baiknya double face mask & face shield), menjaga penjarakan fizikal dengan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan kerap mencuci tangan adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah dan membendung penularan jangkitan virus COVID-19,” katanya lagi. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here