Kombinasi individu berpengalaman, diyakini mampu bantu negara

Kabinet hari ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

0
327

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, barisan Kabinet yang dipilih adalah daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara.

Katanya, ini termasuk memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Beliau menambah, pembentukan Kabinet hari ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

“Saya akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam perutusan khas pembentukan Kabinetnya di Putrajaya.

Ismail Sabri berkata, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda, akan diadakan pada Isnin, 30 Ogos ini.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan Kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

“Ayuh membulat tekad, bekerja bersama rakyat!,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here