‘Reach’ nama bayi Afghanistan lahir dalam penerbangan AS

Dinamakan ‘Reach’ sempena nama pesawat tersebut

0
324

SEORANG bayi perempuan Afghanistan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat C-17, diberi nama ‘Reach’ sempena nama pesawat yang dinaiki ibu dan bapa bayi itu.

“Kami telah berbual dengan ibu dan ayah bayi itu, mereka menamakannya ‘Reach’ sempena nama pesawat C-17 yang menerbangkan mereka dari Qatar ke Ramstein,”  kata Komander U.S European Command Jeneral Tod Wolters pada Rabu.

Ibu bapa Reach dalam penerbangan dari pangkalan di Qatar selepas meninggalkan Afghanistan.

US Air Mobility Command (AMC) dalam satu kenyataan memaklumkan bayi itu dilahirkan pada Sabtu.

Menurut AMC, Reach dan ibunya dibawa ke hospital tempatan di Jerman dan dilaporkan berada dalam keadaan baik. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here