20 penduduk Palestin cedera bertempur dengan Israel di Gaza

0
245

Susunan ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEKURANG-KURANGNYA 20 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di sempadan Gaza semalam.

Menurut laporan AFP, pasukan keselamatan rejim Zionis melepaskan peluru hidup sekali gus menyebabkan sebahagian penduduk Palestin cedera.

Sejak tahun 2018, penduduk Gaza telah memulakan bantahan bagi menuntut rejim Zionis menamatkan sekatan dan hak-hak mereka untuk kembali ke tanah air selepas diusir keluar rejim Zionis apabila terbentuknya negara haram Israel pada tahun 1948.

Tunjuk perasaan yang diadakan itu kadangkala bertukar menjadi ganas sehingga 350 penduduk Palestin telah dibunuh pasukan keselamatan Israel di Gaza dalam tempoh lebih daripada setahun. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here