Perdana Menteri baharu perlu segera kemuka usul undi percaya di Dewan Rakyat

0
246

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah Perdana Menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, perkara itu adalah menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, Seri Paduka selanjutnya bertitah selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undan-Undang,” titah baginda dalam kenyataan disiarkan Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong juga akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu semasa dijadualkan Jumaat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here