Polis rujuk kertas siasatan perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ kepada Peguam Negara

0
560

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah merujuk kertas siasatan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang turut disertai beberapa Ahli Parlimen di ibu negara pada 2 Ogos lalu kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketika mengesahkan perkara itum Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan kes sudah selesai dan pihak berkaitan, termasuk Ahli Parlimen yang terbabit dalam perhimpunan itu sudah dipanggil memberi keterangan.

“Siasatan sudah selesai (dan) semua kertas siasatan sudah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan insya-Allah, mungkin ada keputusan dalam masa terdekat,” katanya kepada media ketika lawatan kerja ke Kontinjen Terengganu, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menerima 206 laporan berhubung perhimpunan sebahagian Ahli Parlimen di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 2 0gos lalu.

Antara yang dipanggil untuk dirakam keterangan adalah empat pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Bantu, Acryl Sani berkata, inisiatif yang dilancarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu akan diteruskan bergantung kepada keperluan semasa.

Katanya, Fasa Pertama Op Bantu sudah selesai dan polis kini berada dalam Fasa Dua bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat COVID-19.

“Ini antara usaha kita untuk bersama-sama berkongsi dan merasai kesulitan dialami masyarakat kerana COVID-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here