Kes covid turun kepada 19,740 hari ini

Selangor kekal tertinggi

0
312

KES baharu Covid-19 menurun kira-kira 806 kes hari ini iaitu 19,740 kes berbanding 20,546 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitter, memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,424,639 kes.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Sarawak (1,566), Kedah (1,592), Johor (1,510), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Kuala Lumpur(1,360) dan Melaka (1,120).

Perak pula mencatatkan 938 kes, Terengganu (688), Pahang (646), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20), manakala Labuan dua.

Walaupun ada penurunan kes untuk hari ini, ianya tetap membimbangkan kerana terdapat 9 negeri yang telah mencatat kes lebih 1 ribu dicatatkan hari ini.

Berbanding sebelum ini, hanya 7 buah negeri yang telah mencatat kes lebih 1 ribu, tetapi ditambah lagi dengan dua negeri yang mencatat kes lebih 1 ribu iaitu negeri Melaka dan Sarawak.-SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here