Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 10 juta lengkap dua dos vaksin -

Lebih 10 juta lengkap dua dos vaksin

SEBANYAK 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 44.5 peratus sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. -BERNAMA