Wakil rakyat DAP sokong syor PM

Setuju semua parti duduk berbincang

0
267

TAWARAN tujuh persefahaman rentas parti yang diumumkan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen DAP, Ong Kia Ming.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu juga bersetuju bahawa tawaran berkenaan boleh mengembalikan kestabilan politik negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Bangi berkenaan juga berkata, beliau tidak akan membiarkan golongan kleptokrat kembali menguasai pentadbiran negara.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi mengajak semua parti politik menyahut seruan itu dan duduk berbincang mengenai cadangan yang telah dikemukakan.

“Perdana Menteri telah mengusulkan suatu langkah ke hadapan untuk melakukan reformasi terhadap sejumlah Perlembagaan yang memberi kesan berpanjangan terhadap politik Malaysia jika diluluskan.

“Oleh itu saya berpendapat bahawa semua parti politik sepatutnya duduk untuk berbincang sama ada usul itu boleh diterima atau tidak,” katanya dalam kenyataan menerusi Twitternya hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here