Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wanita hamil boleh dapat vaksin tanpa temu janji - Dr Noor Azmi -

Wanita hamil boleh dapat vaksin tanpa temu janji – Dr Noor Azmi

VAKSINASI Covid-19 bagi ibu hamil boleh diperoleh melalui klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu temu janji melalui aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu hamil termasuk penetapan mengenai usia kehamilan antara tempoh 14 hingga 33 minggu.

Menurut beliau, golongan wanita hamil setakat ini tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima vaksin secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Panggilan vaksin wanita hamil juga tanpa melalui temujanji di aplikasi MySejahtera dan ia sebenarnya lebih cepat berbanding ‘walk-in’.

“Kita sambut baik cadangan bagi memasukkan golongan wanita hamil sebagai penerima vaksin secara ‘walk in’ namun selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid diselesaikan,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke PPV Dewan Merdeka Lenggong, hari ini.

Tambah beliau setakat ini di daerah Hulu Perak, kira-kira 400 daripada lebih 450 wanita hamil sudah mendapat vaksin Covid-19. – SB