Gunung Merapi meletus

0
288

GUNUNG Merapi setinggi 2,968 meter (m) berhampiran Yogyakarta, di Pulau Jawa, Indonesia meletus hari ini, menyebabkan lava dan abu panas mula mengaklir ke lerengnya, bagi hari kedua.

Aliran piroklas, iaitu gelongsoran batu, abu dan gas gunung berapi meletus dari kubah lava gunung yang sedang aktif di dalam kawah.

Bandar Yogyakarta itu adalah pusat budaya Jawa dan lokasi dinasti kerajaan sejak berabad lamanya.

Letusan besar terakhir Gunung Merapi pada 2010, mengorbankan 347 orang.

Penduduk kampung yang tinggal di lereng Gunung Merapi diminta untuk menjarakkan diri sekurang-kurangnya lima kilometer (km) dari mulut kawah.

Ketua Pusat Mitigasi Volkanologi dan Geologi Yogyakarta, Hanik Humaida, berkata sebahagian kubah lava runtuh sejak semalam, ketika letusan terkini bermula.

“Gunung itu meluahkan sekurang-kurangnya tiga aliran piroklas baharu hari ini,” kata Humaida.

Letusan awal mengeluarkan abu panas 1,000m ke atmosfera.

Gunung Merapi adalah gunung berapi paling aktif berbanding 120 gunung berapi aktif di Indonesia dan berulang kali meletuskan lava dan gas.

Pusat Mitigasi Bahaya Volkanologi dan Geologi tidak meningkatkan status berbahaya Gunung Merapi, yang kini di kedua tertinggi daripada empat tahap, sejak ia mula meletus pada November lalu.

Indonesia, republik kepulauan dengan populasi 270 juta orang, cenderung berdepan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana berada di sepanjang ‘Lingkaran Api Pasifik’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here