Saya ok, akan berlumba esok – Shah Firdaus

0
799

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan akan menyertai saingan suku akhir acara keirin Sukan Olimpik 2020 esok selepas keputusan imbasan menunjukkan tidak ada kecederaan serius.

Sebelum itu timbul kebimbangan pelumba yang berasal dari Muar itu tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana patah tulang rusuk susulan kemalangan yang menimpanya ketika saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, hari ini,

Berkongsi khabar gembira menerusi akaun Insta Story miliknya, Shah Firdaus meminta peminat sukan tidak menghukum mana mana pelumba susulan kemalangan itu.

“Alhamdulillah saya dalam keadaan baik. Terima kasih atas sokongan dan keperihatinan anda. Keputusan x-ray dan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) menunjukkan saya OK dan saya boleh menyertai perlumbaan esok.

“Kepada semua penyokong saya, tolong jangan menghukum mana-mana pelumba. Kemalangan terjadi di trek perlumbaan terutama dalam acara keirin.

“Namun, tiada siapa yang mahu menyebabkan kemalangan dengan sengaja, ia sebahagian daripada perlumbaan dan setiap orang mahu menang. Doakan untuk saya pulih dan saya akan cuba buat yang terbaik esok,” katanya.

Pelumba berbasikal trek Great Britain, Jack Carlin menjadi mangsa kecaman netizen Malaysia di media sosial selepas dia didakwa menjadi punca Shah Firdaus terbabit kemalangan dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas perlumbaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here