Azizulhasni mara ke separuh akhir, Shah Firdaus tamat saingan di suku akhir

0
225

PELUMBA berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke saingan separuh akhir acara keirin Sukan Olimpik 2020 selepas mencatat kedudukan kedua pada peringkat suku akhir sebentar tadi.

Bagaimanapun, hasrat melihat seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mencatat kedudukan keenam.

Shah Firdaus yang berlumba dalam keadaan selepas terbabit dalam kemalangan semalam berusaha memberikan saingan dan satu ketika berada di depan, namun pengalaman pelumba lain jelas memberi kelebihan kepada mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here