Lebih 23.6 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam – Dr Adham

0
445

SEBANYAK 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua. 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here