DOJ pulangkan RM1.9 billion lagi wang 1MDB

0
108

JABATAN Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mengembalikan kira-kira RM1.8 bilion ( AS$452 juta) lagi dana 1MDB yang disalah guna kepada rakyat Malaysia.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kira-kira RM5 bilion (AS$1.2 bilion) telah dipulangkan, kata jabatan itu dalam kenyataan semalam.

Menurut dokumen mahkamah, dana daripada 1MDB, dicuci secara haram melalui institusi kewangan utama di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg, menurut DOJ.

Sejak 2016, usaha melibatkan 41 tindakan pelucutan hak sivil yang difailkan di mahkamah di AS membuahkan hasil selepas berjaya menyita lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang dicuri.

“Ini adalah pemulihan terbesar setakat ini di bawah jabatan Kleptocracy Asset Recovery Initiative.

“Jabatan ini terus membuat litigasi terhadap aset tambahan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skim ini,” kata DOJ.

DOJ berkata seperti yang didakwa dalam aduan pelucutan hak sivil, daripada tahun 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB didakwa disalahgunakan oleh pegawai tinggi 1MDB dan Jho Low, melalui pengubahan wang haram dan penyelewengan wang antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here