1.7 juta dos vaksin bakal dihantar ke Johor

0
314

SEJUMLAH 1.7 juta dos vaksin bakal dihantar ke Johor bagi membolehkan peningkatan kapasiti kapasiti pemberian vaksin ditingkat 70,000 dos sehari berbanding 50,000 dos ketika ini.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin YassinKerajaan Persekutuan langkah itu dibuat bagi membolehkan sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk dewasa di Johor divaksin menjelang 31 Ogos depan.

Muhyiddin Yassin berkata, untuk itu, beliau telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba supaya meneliti program vaksinasi di Johor.

Tambah beliau, ini juga susulan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri ini yang masih rendah.

“Saya lihat di Johor ini masih di bawah (kadar vaksinasi) berbanding sesetengah negeri yang sudah lebih 60 hingga 70 peratus. 

“Jadi, yang terkini, menteri telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Johor dan dikatakan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos akan dihantar ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak Felda Lenga, Pagoh dekat sini, hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah mengarahkan menteri berkenaan untuk mengadap Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Muhyiddin menjelaskan, isu kadar vaksinasi yang rendah berlaku ekoran bekalan vaksin yang ditempah kerajaan tidak sampai mengikut waktu yang dijadualkan.

“Jadi, kadang-kadang jawatankuasa di bawah menteri-menteri ini terpaksa membeli tambahan (vaksin) daripada syarikat tempatan Pharmaniaga untuk menampung kalau ada kelompongan (kerana) bekalan tidak sampai.

“Dari sudut bekalan sepatutnya kita tidak mempunyai masalah kerana kita sudah menempah lebih daripada 130 peratus keperluan negara, bermakna sudah ada lebihan tetapi ia tidak sampai dalam jadual waktu (masa) yang kita nak,” katanya.

Beliau berkata, masalah perolehan itu antaranya ekoran permintaan di peringkat global yang amat tinggi.Menurut beliau, secara keseluruhan, Malaysia telah berjaya melakukan vaksinasi pada tahap yang membanggakan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here