Cubaan seludup 24 tan ayam sejuk beku digagalkan MAQIS

0
265

CUBAAN sebuah lori kontena menyeludup 24 tan keratan ayam sejuk beku dari negara jiran dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam satu kejadian, Rabu lalu.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, kenderaan itu ditahan kira-kira pukul 6.15 petang dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Pemeriksaan mendapati muatan 2,000 kotak paha ayam tanpa tulang itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen mengelirukan.

“Nilai rampasan tan keratan ayam sejuk beku itu dianggarkan bernilai RM390,240,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Lily berkata, kegagalan mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Tambahnya, jika sabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here