Aaron Chia-Wooi Yik gagal ke pentas final

0
324

HARAPAN seluruh rakyat Malaysia melihat skuad badminton negara membawa pulang pingat emas Olimpik tertangguh lagi apabila pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia- Wooi Yik tewas di tangan pasangan beregu lelaki China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dalam perlawanan separuh akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perlawanan itu menyaksikan pasangan beregu nombor sembilan dunia itu tewas 22-24 pada set pertama dan 13-21 pada set kedua. 

Bagaimanapun Aaron Chia-Wooi Yik masih berpeluang membawa pulang pingat kepada Malaysia dalam perlawanan penentuan pingat gangsa menentang pasangan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang akan berlangsung petang esok. 

Sebelum ini, pasangan beregu lelaki negara ini  mara ke pentas separuh akhir setelah menundukkan ‘The Minions’ yang juga pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dalam perlawanan suku akhir semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here