Tuntutan cerai: Puteri Sarah tiba di Kompleks Mahkamah Syariah KL

0
316

PELAKON, Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 10.25 pagi hari ini bagi memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah yang berpakaian serba hitam tiba ditemani dua adiknya dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Ketibaan Puteri Sarah disambut kira-kira 20 orang awam yang turut berada di lobi mahkamah untuk memberikan sokongan.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Syamsul sebelum ini memaklumkan sedang berusaha membaiki hubungannya dengan Puteri Sarah, malah meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3 lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here