Gaduh di HRPB : Polis buru tiga lagi suspek termasuk seorang wanita

0
241
DUA kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan HRP) dan Buntong di Ipoh, Perak yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial sejak kelmarin.

POLIS masih memburu tiga lagi suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tengah malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga kini empat individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan itu termasuk pergaduhan melibatkan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di sini.

“Apabila kesemua suspek ini berjaya ditangkap, mereka akan dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada Rabu.

Berita berkaitan:

Gaduh di Buntong, kecoh di HRPB disyaki akibat percintaan

Polis tahan tiga lagi suspek kes kecoh di HRPB

Semalam, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya menahan tiga lagi suspek berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh antara pukul 7.45 petang hingga 11 malam Ahad lepas.

Ahad lepas, polis dilaporkan sedang mengesan enam lagi lelaki tempatan yang masih bebas selepas menahan seorang suspek berusia 24 tahun di perkarangan tempat letak kereta awam hospital pada hari kejadian. – Bernama