Tag: vaksinasi
-
Vaksinasi: Kurang satu peratus untuk capai syarat rentas negeri
SEBANYAK 20,856,337 atau 89.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat malam tadi. Peningkatan sebanyak 0.3 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi dewasa berbanding sehari sebelum itu (6 Okt) 88.8 peratus menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus kadar vaksinasi di negara ini kini berbaki 0.9 peratus. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM)…
-
Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan beerti bebas daripada akibat
Oleh Nina Muslim MALAYSIA semakin menghampiri sasaran 80 peratus penduduknya diberikan imunisasi COVID-19, dan pada masa sama juga kumpulan antivaksin kian lantang menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati mereka. Jika sebelum ini media sosial menjadi platform penyebaran agenda mereka, kini kelompok itu beralih ke saluran lain yang dilihat lebih berkuasa. Mahkamah. Apabila kerajaan melaksanakan langkah lebih tegas dengan mewajibkan vaksinasi sebagai…
-
88.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksin
SEHINGGA semalam, sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing. Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2 peratus. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal COVIDNOW, 94.6 peratus atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.…
-
Wajibkan penjawat awam ambil vaksin selari syarak
KEPUTUSAN kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini. Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, berdasarkan Siasah Syar’iyah, apabila kerajaan mewajibkan penjawat awam divaksinasi, maka kelompok…
-
143,000 pelajar mula sesi persekolahan bagi negeri kumpulan A,B
SERAMAI 143,000 pelajar di sekolah seluruh negara, kecuali Kedah dan Johor, memulakan sesi persekolahan secara bersemuka setakat semalam dan hari ini, selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 94,000 pelajar dari negeri Kumpulan B – Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Selangor, Putrajaya,…
-
Serangan Syncopal: Gejala pengsan selepas vaksinasi
PADA Disember 2020 dahulu berlaku kejadian seorang jururawat di Alabama US pengsan sejurus vaksin Covid-19. Video beliau pengsan itu viral seluruh dunia kerana permulaan pemberian vaksin Covid-19 menjadi tumpuan semua pihak. Sehinggalah berita beliau pengsan itu ditokok tambah dengan menuduh jururawat Tiffany Dover itu mati. Padahal beliau pulih dari pengsan dan hidup hingga sekarang. Kejadian…
-
87.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksin
SERAMAI 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing, setakat semalam. Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa semakin hampir dan kini cuma berbaki 2.4 peratus sahaja. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.3 peratus atau 22,081,548 individu daripada populasi dewasa menerima…
-
Dakwaan remaja mati akibat vaksin: polis rakam enam keterangan
SEKURANG-KURANGNYA enam individu sudah dirakam keterangan berhubung dakwaan kononnya dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, di Ipoh, Perak meninggal dunia selepas menerima imunisasi vaksin Covid-19 Polis mengesahkan perkembangan terkini siasatan kes video yang tular sejak seminggu lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keterangan aktivis wanita berusia 39 tahun terbabit sudah…
-
Sabah benarkan anjur majlis perasmian mulai hari ini
SABAH membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel bermula hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir lengkap divaksin dengan kapasiti 50 peratus ruang premis. “Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang disahkan pegawai perubatan berdaftar,…
-
Tiada keperluan terus buka PPV mega
TIADA keperluan untuk pusat pemberian vaksin (PPV) mega meneruskan operasi pemberian vaksin COVID-19 berikutan majoriti rakyat telah menerima vaksin lengkap, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata justeru, PPV yang mencapai liputan vaksinasi yang baik akan mula ditutup. “Bila kebanyakan penerima vaksin telah menerima vaksin, jadi kita tak perlu lagi ada PPV besar beroperasi kerana ini melibatkan kos dan…