Tag: UMNO

  • Muhyiddin tetap ambil berat soal rakyat walaupun bukan lagi PM

    Muhyiddin tetap ambil berat soal rakyat walaupun bukan lagi PM

    TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun bukan lagi menjadi perdana menteri, slogan ‘Kerajaan Prihatin’ akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan-rakan yang sehaluan dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sebelum ini. “Hakikatnya, saya bukan lagi perdana menteri, tapi saya akan turun ke bawah tengok…supaya nasib mereka (rakyat) terbela, sebab saya faham semasa menjadi perdana menteri ada…

  • Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan: Ismail Sabri

    Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan: Ismail Sabri

    BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan. Dalam hantaran di laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau yang juga…

  • Pas solat hajat mohon PN kekal kerajaan

    Pas solat hajat mohon PN kekal kerajaan

    TIMBALAN Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak ahli PAS mengadakan solat hajat dan bermunajat malam ini memohon doa agar Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai kerajaan. Tuan Ibrahim membuat seruan itu menjelang majlis menghadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri. “Esok…

  • Cubaan pujuk ‘Geng Azmin’ sokong Anwar gagal

    Cubaan pujuk ‘Geng Azmin’ sokong Anwar gagal

    BEBERAPA percubaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari parti itu tahun lalu gagal, dalam usaha mengalihkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang berkenaan. Memetik laporan MalaysiaNow, usaha itu gagal apabila bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan menolak dengan…

  • UMNO pujuk Bersatu, PAS terima nama calon PM mereka

    UMNO pujuk Bersatu, PAS terima nama calon PM mereka

    PARTI UMNO kini dilaporkan sedang berunding dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS untuk menerima calon Perdana Menteri (PM) daripada parti itu, bagi menerajui tampuk kuasa di Putrajaya. Memetik laporan Agenda Daily, tindakan itu berikutan wujud kebimbangan sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon PM baharu mereka. Difahamkan, rundingan itu diketuai pemimpin utama UMNO…

  • Hadi selar ‘kelompok gila kuasa’

    Hadi selar ‘kelompok gila kuasa’

    ‘KELOMPOK gila kuasa’. Itu tanggapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyelar pembangkang dan kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menolak tawaran kerjasama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau mahukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah memerintah selama 17 bulan, diberikan “masa” untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu rakyat. “Kalangan yang menolak pelawaan…

  • Pemimpin akan terus ‘sesat’ jika sibuk rebut jawatan PM – MPN

    Pemimpin akan terus ‘sesat’ jika sibuk rebut jawatan PM – MPN

    POLEMIK dan perebutan jawatan perdana menteri yang berterusan dalam kalangan pemimpin parti politik, hanya membuatkan mereka terus ‘sesat’ dan terkeluar dari tanggungjawab sebenar mereka, untuk membantu rakyat. Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, walaupun terdapat pihak dalam kerajaan dan pembangkang menolak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga…

  • Persefahaman rentas parti tawaran ikhlas, berani, bertanggungjawab – Syed Ali

    Persefahaman rentas parti tawaran ikhlas, berani, bertanggungjawab – Syed Ali

    TAWARAN persefahaman rentas parti yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ikhlas, berani dan bertanggungjawab demi menyelamat dan membebaskan negara daripada krisis COVID-19. Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, jika benar Perdana Menteri bermain politik, beliau sememangnya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan…

  • UMNO beri bayangan kerjasama dengan PH – Asyraf Wajdi

    UMNO beri bayangan kerjasama dengan PH – Asyraf Wajdi

    UMNO mengambil pendirian bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti membentuk kerajaan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang. Malah, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut memberi bayangan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan majoriti mencukupi berdasarkan situasi politik yang berlaku di Perak sebelum ini. Bagaimanapun, katanya, segala urusan bagi…

  • Zahid perlu berjiwa besar dan letak jawatan Presiden UMNO

    Zahid perlu berjiwa besar dan letak jawatan Presiden UMNO

    Oleh AHLI UMNO SEUMUR HIDUP SUHU politik negara terus panas menggelegak dengan pelbagai situasi dan ketidaktentuan. Paling menarik perhatian ramai, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu mengumumkan parti itu menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Susulan itu, sebahagian Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan sendiri…