Tag: Tumpat
-
Inspektor polis maut kemalangan di Tumpat
SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas di KM5 Jalan Palekbang-Tumpat berhampiran Wakaf King, Tumpat, malam tadi. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian pada 11.30 malam itu menyebabkan Inspektor Chong Yeong Ren, 29, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah…
-
Warga emas maut jatuh pokok kelapa setinggi 20 meter
SEORANG warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter di Kampung Jal Kechik, Tumpat pada Isnin. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Abdul Mutalib Hussin, 69, dijumpai terbaring di tepi pokok itu oleh seorang pemilik kebun. Ahli keluarga mangsa, Sabri Ya, 56, berkata, mangsa mengambil upah memanjat dan mengutip…
-
Jumpa mayat reput dalam sungai
SATU mayat reput dengan sebahagian badan dipercayai dimakan haiwan ditemukan terapung di sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Tumpat, Kelantan, pada Ahad. Mayat dipercayai lelaki tersebut ditemukan pada jam 11 pagi. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, anggota balai Palekbang menerima satu panggilan daripada orang awam menyatakan terdapat satu mayat terapung…
-
[VIDEO] Tembakan di Takbhai, Tumpat terasa bahang
SATU kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di daerah Takbhai, Thailand, pada malam Rabu menyebabkan penduduk setempat di Tumpat terkejut dan cuba mengetahui keadaan sebenar. Bunyi tembakan bertalu-talu jelas kedengaran dan sesekali detuman bom kedengaran dan situasi tegang berkenaan dapat disaksikan menerusi video di media sosial. Berita Harian melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 (waktu…
-
Hampir 50 peratus rampasan dadah di Kelantan babitkan 4 jajahan
HAMPIR 50 peratus rampasan dadah di Kelantan dari awal Januari hingga semalam, berlaku di empat jajahan yang bersempadan dengan negara jiran, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. Beliau berkata daripada 9,678 kes yang direkodkan sebanyak 4,719 kes dilakukan di Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli. “Jumlah keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah di empat jajahan tersebut…
-
[VIDEO] Lelaki ditahan, seorang lagi diburu terbabit jenayah samun
SEORANG lelaki ditahan polis selepas terbabit dalam jenayah samun di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan. Dalam kejadian jam 3 petang pada Sabtu, lelaki dengan 17 rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah itu menahan wanita yang menunggang motosikal ketika melalui sebuah lorong di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, wanita…