Tag: Tular
-
Polis kesan warga asing enggan pakai pelitup muka tunjuk isyarat lucah
POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular seorang lelaki warga asing yang berang ketika ditegur tidak memakai pelitup muka sehingga mengeluarkan kata kesat dan menunjuk isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata rakaman video berdurasi 18 saat yang telah dimuat naik di akaun…
-
Polis kesan sekumpulan lelaki main meriam karbaid
POLIS sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas video mereka tular menerusi media sosial sejak semalam dan menerima kecaman netizen kerana berbahaya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata rakaman video berdurasi dua minit dan 20 saat itu mendapati mereka…
-
Cuba larikan diri dari SJR, polis terpaksa lepaskan tembakan
PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) terkejut apabila terdengar bunyi tembakan di Sekatan Operasi Khas Motosikal berdekatan RnR Gambang, pada Jumaat. Berdasarkan maklumat awal, anggota polis terpaksa lepaskan tembakan amaran ke udara selepas sebuah kenderaan jenis Nissan Xtrail cuba melarikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) tersebut. Pemandu kederaan itu juga cuba merempuh kenderaan lain…
-
Dua beranak tular halang ambulans, didakwa
DUA beranak yang videonya tular di media sosial kerana menghalang laluan sebuah ambulans, dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya dan menghalang perjalanan ambulans, minggu lepas. K. Moganasuntharan, 63, dan anaknya, Kartik, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf…
-
[VIDEO] Pemuda buang air besar hanyut bersama jamban
SEBUAH klip video pendek lucu menunjukkan seorang pemuda duduk di atas bumbung jamban yang dihanyutkan air banjir tular di Indonesia semalam. Menurut laporan Kompas Jakarta, kejadian berlaku pada Sabtu lalu di Desa Tunggul Irang, Banjar, Kalimantan Selatan ketika pemuda tersebut sedang membuang air besar. Rakaman itu menunjukkan tandas terapung dihanyut arus melalui Sungai Martapura, di…
-
Pemandu lori ‘berlagak’ samseng disahkan positif dadah
SEORANG pemandu lori tular yang ditahan polis kerana bertindak kasar seperti samseng jalanan terhadap pemandu kereta lain di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Bukit Jalil menghala Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu, didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 40-an itu didapati positif…
-
Demi anaknya, henti aibkan ‘Kak Long 7e’ – Aaron Aziz
MELIHATKAN satu persatu video ‘aib’ diulang go siar oleh kebanyakan netizen, pelakon Aaron Aziz menyeru agar orang ramai menghentikan segera perbuatan tersebut. Dia yang ‘sakit mata’ melihat video amukan Kak Long 7E diulang siar oleh netizen menganggap tidak wajar untuk mereka terus mengaibkan wanita tersebut terutama menyentuh soal maruah. “Di sini, saya minta jasa baik…
-
Tular video Kapten Khalifa mendaratkan pesawat ketika ribut
RAKAMAN video detik-detik cemas pesawat komersial mendarat ketika ribut di Lapangan Terbang Heathrow, London baru-baru ini terus tular di media sosial, dengan majoriti netizen kagum dengan kecekapan Kapten Khalifa Al Thani Detik bersejarah itu dirakam dari kokpit pesawat komersial syarikat Qatar Airways yang menunjukkan bagaimana Khalifa mengendalikan pesawat dan mendarat dengan selamat. Berdasarkan rakaman video…
-
Gaduh di Buntong, kecoh di HRPB disyaki akibat percintaan
POLIS menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Buntong di sini yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial sejak semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kes pertama adalah mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di satu kawasan di…