Tag: tahfiz
-
Pemuda PN, pendakwah kritik ‘pelajar tahfiz’ dibawa sertai konsert
KETUA Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, tampil mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa menjemput pelajar tahfiz ke sebuah konsert yang diadakan pada Sabtu lalu. Difahamkam anggota parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada satu video TikTok yang memperlihatkan kehadiran sejumlah individu yang dikatakan memakai kopiah atau serban. Majlis itu juga dikatakan turut menampilkan hiburan yang dianggap…
-
Pelajar tahfiz maut, 11 cedera ketika pulang membeli baju raya
SEORANG pelajar tahfiz maut, manakala 11 lagi cedera apabila van dinaiki mereka terbabas memasuki parit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada 11.32 pagi tadi. Dalam kejadian itu, van jenis Ssangyong yang dinaiki pelajar tahfiz tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang daripada membeli pakaian raya di sebuah pasar raya…
-
Guru tahfiz lemas ketika mandi pantai
SEORANG guru tahfiz meninggal dunia selepas lemas ketika mandi di Pantai Angulia dekat Marang, pada 9.55 pagi tadi. Mangsa, Nabil Husaini Halimun Nawar, 22, yang berasal dari Selangor merupakan seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Azhariah di Seksyen 18, Shah Alam. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Deris berkata menurut laporan, mangsa bersama…
-
Pengawal keselamatan direman, bantu siasatan lelaki kurang siuman dipukul hingga mati
SEORANG pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda yang mengalami masalah mental dipercayai akibat dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan , malam tadi. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Menurut laporan BH Online, perintah tahanan reman suspek…
-
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lima tahun lepas. Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja terbabit berkata rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas…
-
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul
SEORANG pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta,Ipoh mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan. Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi…
-
Pukul ustaz di tahfiz: Tiga suspek direman empat hari
TIGA lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lalu, direman selama empat hari. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an itu direman bermula 13 hingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan. “Ketiga-tiga suspek…
-
Dua ditahan, tiga termasuk suspek utama pukul di tahfiz dikenalpasti
DUA daripada lima lelaki yang disyaki ‘menyerang’ sebuah pusat tahfiz serta memukul pengajar dan pelajar pusat berkenaan berjaya ditahan polis hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Damak di Jerantut hari ini. “Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula…
-
KPLB tawar kursus TVET untuk pelajar tahfiz – Mahdzir
KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membuka peluang kepada 500 pelajar tahfiz untuk mengikuti kursus-kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di institusi pendidikan TVET di bawah kementerian itu. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelajar tahfiz yang menyertai kursus TVET itu akan mengikuti pembelajaran selama enam bulan sebelum diberikan sijil mengikut kemahiran yang dipilih. “Jika…