Pukul ustaz di tahfiz: Tiga suspek direman empat hari

0
253

TIGA lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, Jumaat lalu, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an itu direman bermula 13 hingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan.

“Ketiga-tiga suspek akan direman empat hari sehingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan kes. Dua lagi suspek yang ditahan sebelum ini pula masih dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor BH Online.

Terdahulu, polis menahan semua suspek terbabit dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu serta Bandar Jengka, Pahang, bermula jam 1 pagi hingga 8 pagi semalam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam selepas diserang lima lelaki pusat tahfiz berkenaan kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Jumaat lalu, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here