Tag: sungai pahang
-
Mangsa banjir di Pahang semakin menurun
SEBANYAK 11 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang, yang menempatkan 493 mangsa banjir daripada 142 keluarga setakat jam 8 pagi tadi. Jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan dan Rompin. Bagaimanapun, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 782 mangsa banjir daripada 218 keluarga di 22 PPS, semalam.…
-
Enam sungai di Pahang melepasi paras bahaya
PARAS air di enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi tadi, berbanding hanya empat sungai, semalam. Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai yang melepasi paras bahaya ialah di daerah Lipis, manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran. Sungai terbabit ialah…
-
[VIDEO] Enggan pindah ke PPS, rumah rakit jadi pilihan
KETIKA ramai mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) apabila rumah mereka ditenggelami air, masih ada yang memilih untuk terus kekal di kawasan masing-masing dengan menetap di rumah rakit. Mereka dikatakan sudah bersedia lebih awal dengan membina rumah rakit menggunakan tong besar dan diikat pada pokok berhampiran kediaman asal. Satu video viral yang dikongsi…
-
10 sungai utama di Pahang di paras air bahaya
SEBANYAK 10 sungai utama di Pahang terutama di daerah Kuantan, Maran, Bera dan Temerloh masih merekodkan paras air bahaya setakat jam 12 tengah hari tadi. Berdasarkan kemaskini terkini portal Public Info Banjir setakat jam 12 tengah hari, Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut merekodkan bacaan 47.58 meter, melepasi paras bahaya 45 meter. Memetik laporan BH,…
-
Tentera hilang ketika latihan ditemui lemas
ANGGOTA tentera yang hilang semasa menjalani latihan Eksesais Para Predator pada ahad lalu ditemui lemas di Sungai Pahang, 8.15 pagi tadi. Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan mengesahkan penemuan mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, daripada pasukan Kompeni Pandura (Para). “Jasad beliau ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran kira-kira 70…