Tag: SPM

  • Akademi Sains Negara diarah jalan kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tak minat sambung belajar

    Akademi Sains Negara diarah jalan kaji selidik isu pelajar SPM, STPM tak minat sambung belajar

    KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta Akademi Sains Negara melaksanakan kaji selidik bagi mendapatkan data tepat peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikatakan tidak mahu menyambung pelajaran. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaji selidik dibuat bagi mengesahkan kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Julai lepas yang…

  • Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM

    Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM

    KAUNSELOR di sekolah memainkan peranan penting membimbing pelajar mengenal pasti peluang yang mereka ada selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengikut bidang diminati dan bersesuaian dengan kemampuan serta kemahiran masing-masing. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata kaunselor dilatih untuk memahami keperluan majikan pada masa akan datang supaya boleh membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka selepas tamat…

  • Azeem pilih Amerika Syarikat, destinasi latihan, belajar

    Azeem pilih Amerika Syarikat, destinasi latihan, belajar

    by

    in

    PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi sudah pun membuat keputusan dengan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai destinasi pilihannya bagi melanjutkan pengajian dan meneruskan kerjayanya dalam sukan olahraga. Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah ketika berkongsikan perkembangan itu, berkata Azeem yang meraih keputusan 6A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerima tiga tawaran bagi menyambung pengajiannya…

  • Kejayaan sentiasa ada di hadapan selagi mahu belajar – Muhyiddin 

    Kejayaan sentiasa ada di hadapan selagi mahu belajar – Muhyiddin 

    TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini menitipkan nasihat kepada semua lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bahawa pintu kejayaan sentiasa terbuka di hadapan mereka selagi ada kemahuan untuk belajar. Katanya, jadikanlah keputusan peperiksaan yang diterima hari ini sebagai penyuntik semangat untuk meneruskan perjuangan hidup dalam fasa seterusnya. “Kepada yang mendapat keputusan cemerlang,  tahniah saya ucapkan…

  • Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun ini

    Keputusan SPM 2021 diumum 16 Jun ini

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan mulai 10 pagi, 16 Jun ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang video di akaun Facebooknya berkata, terdapat tiga kaedah bagi calon untuk mendapatkan keputusan tersebut Kaedah pertama memerlukan calon untuk hadir ke sekolah masing-masing bagi mendapatkan keputusan sementara kaedah kedua membolehkan…

  • SPM: KPM teliti laporan Lembaga Peperiksaan sebelum tindakan susulan

    SPM: KPM teliti laporan Lembaga Peperiksaan sebelum tindakan susulan

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meneliti laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, sebelum sebarang tindakan diambil susulan dakwaan penggunaan set soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang sama, untuk sesi kedua peperiksaan yang bermula pada Khamis. Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata mana-mana pihak yang berkaitan juga, diharap tidak melakukan sebarang spekulasi bagi…

  • Seramai 85,700 calon akan duduki SPM sesi kedua

    Seramai 85,700 calon akan duduki SPM sesi kedua

    SERAMAI 85,700 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menduduki peperiksaan sesi kedua yang dijadualkan pada 5 April hingga 19 Mei ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata calon tersebut merupakan mereka yang terpaksa menjalani kuarantin akibat COVID-19, terjejas banjir serta mendapat kebenaran khas daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM). “Sepertimana yang kita…

  • Banjir: 708 calon SPM Kertas BM, BI boleh duduki peperiksaan pada April – Radzi

    Banjir: 708 calon SPM Kertas BM, BI boleh duduki peperiksaan pada April – Radzi

    CALON yang terjejas kerana banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan Kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok dan lusa akan mendudukinya pada sesi kedua April depan. Ianya membabitkan 708 orang calon SPM dari daerah Rantau Panjang yang tidak dapat menduduki SPM bermula esok kerana pusat peperiksaan mereka dilanda banjir. Perkara itu…

  • Calon SPM 2021 jalani ujian bertulis bermula 2 Mac ini

    Calon SPM 2021 jalani ujian bertulis bermula 2 Mac ini

    KEMENTERIAN pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan ujian bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2021 akan bermula pada 2 Mac hingga 29 Mac 2022. Menurut KPM, semua calon boleh merujuk jadual waktu ujian dan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan di laman sesawang http://lp.moe.gov.my “Calon…

  • KPM mohon guru terbabit SPM dikecualikan jadi petugas PRN Johor

    KPM mohon guru terbabit SPM dikecualikan jadi petugas PRN Johor

    KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memohon guru yang terbabit sebagai pengawas peperiksaan, petugas peperiksaan atau pemeriksa markah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikecualikan daripada menjadi petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.  Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya sudah menyuarakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelompok guru terbabit lebih fokus kepada tugas…