Tag: Selangor
-
PAS Selangor sahkan Shahidan tiada dalam senarai calon
PAS Selangor berkata Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim tiada dalam senarai calon parti itu bagi PRN akan datang. Setiausaha perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata ini kerana tiada sebarang perbincangan untuk meletakkan Shahidan calon dan PAS juga telah membuat senarai pendek calon yang mungkin diletakkan di negeri itu. “Setakat ini, calon yang disenarai…
-
PRN: PN Selangor tidak bincang KJ jadi calon
PERIKATAN Nasional (PN) Selangor tidak pernah berbincang menyenaraikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun ini. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, soal Khairy bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan hanyalah khabar angin semata-mata. “Ini semua kemungkinan…
-
PRN: ‘Poster boy’ PN di Selangor belum muktamad
PERIKATAN Nasional (PN) masih belum memutuskan calon menteri besar Selangor yang juga “poster boy” dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Menurut Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, soal sama ada calon menteri besar daripada Pas atau Bersatu masih lagi dalam rundingan. “Belum ada keputusan (calon menteri besar Selangor PN),” katanya menurut laporan…
-
Pelajar perempuan tersepit besi penutup longkang pada hari pertama sekolah
SEORANG pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Seksyen 7 Shah Alam terpaksa menanggung kesakitan pada hari pertama sesi persekolahan apabila kakinya tersangkut di besi penutup longkang, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata…
-
Azmin, Radzi bukan calon MB, Bersatu tiada ‘poster boy’ di Selangor
BERSATU memutuskan tidak akan menamakan siapa individu dijadikan “poster boy” dalam menghadapi PRN Selangor. Ketua Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari, berkata perkara itu dimuktamad dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Bersatu (MPT) sebelum ini lapor FMT. Berita lanjut menyusul.
-
Selangor disaran laksana pelan tindakan iklim secara meluas – Azmin
KERAJAAN negeri Selangor disaran agar menggerakkan Pelan Tindakan Iklim (CAP) secara meluas terutama di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya ia dapat dilaksanakan lebih konsisten dan teratur. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, PBT akan memainkan peranan penting memandangkan institusi ini bakal menjadi ejen pelaksana sekali gus menentukan…
-
MB dari Bersatu jika menang PRN Selangor, N. Sembilan, kata Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) akan mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan jika parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, kedua-dua negeri itu akan dipimpin oleh parti berkenaan. “Pulau Pinang kita akan dihalusi dan diteliti macam mana…
-
Ceramah Ustaz Wadi Annuar di Selangor dibatalkan
DUA kuliah ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac depan telah dibatalkan. Dua lokasi tersebut ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor. Bagaimanapun, Ustaz Wadi dalam siaran di Facebook tidak mendedahkan sebarang alasan berhubung pembatalan ceramah di kawasan berkenaan. Menurut perkongsian tersebut, sesi…
-
Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor Baharu
IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerima Ketua Polis Negeri yang baharu apabila, Komisioner Polis (CP) Datuk Hussein Omar Khan menggantikan Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk S.Sasikala Devi berkuatkuasa hari ini. Hussein yang merupakan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Bukit Aman menggantikan S.Sasikala Devi yang akan kembali bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor selepas 3…
-
PAS Selangor sasar tanding lebih 30 kerusi DUN
PAS Selangor menyasarkan bertanding di lebih 30 kerusi DUN menjelang PRN yang dijangka diadakan sebelum Jun ini. Pesuruhjayanya, Yunus Hairi berkata, hasrat itu sudah disuarakan dalam mesyuarat peringkat awal dengan rakan komponennya, Bersatu. Katanya, PAS menyasarkan kerusi yang mempunyai peratusan pengundi Melayu melebihi 60% dan yakin gelombang Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 lalu masih bersama…