Tag: sekolah

  • Bajet 2023: Kadar RMT sekolah dinaikkan

    Bajet 2023: Kadar RMT sekolah dinaikkan

    KERAJAAN akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenaikan kadar itu akan berkuat kuasa pada bulan ini juga. “Sejumlah RM777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280…

  • KPM cari pendekatan menyeluruh selesai isu kantin di sekolah padat

    KPM cari pendekatan menyeluruh selesai isu kantin di sekolah padat

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sedang mencari pendekatan untuk menyelesaikan isu kantin di sekolah dengan jumlah pelajar yang ramai, sehingga sesetengah sekolah terpaksa menjadualkan lima sesi waktu rehat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata sekolah dengan jumlah murid yang ramai, tidak dapat menampung bilangan murid yang datang secara serentak dan memerlukan beberapa sesi, sehingga…

  • Lebih 10 peratus anak orang asli keciciran sekolah

    Lebih 10 peratus anak orang asli keciciran sekolah

    DIANGGARKAN lebih 10 peratus anak Orang Asli tercicir daripada alam persekolahan atas pelbagai faktor antaranya logistik, keluarga dan elemen tidak mengambil berat tentang kepentingan pendidikan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) di sini hari ini, beliau berkata masyarakat Orang Asli meminta kerajaan supaya melihat…

  • Tiada cubaan culik murid sekolah di Gombak – Polis

    Tiada cubaan culik murid sekolah di Gombak – Polis

    HASIL siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam. Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh…

  • Dakwaan penculikan di sekolah: KPM teliti sesuatu kes sebelum ambil tindakan

    Dakwaan penculikan di sekolah: KPM teliti sesuatu kes sebelum ambil tindakan

    SEBARANG dakwaan kononnya berlaku kes penculikan di beberapa negeri ketika ini, perlu disiasat dan diambil tindakan kes mengikut kes dan bukannya secara menyeluruh sehingga timbul pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), akan meneliti secara mendalam berkaitan semua aspek daripada laporan kejadian penculikan…

  • Culik murid, sekolah di Kelantan keluar peringatan

    Culik murid, sekolah di Kelantan keluar peringatan

    SEBUAH sekolah di Kelantan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa berkait dengan risiko culik dalam kalangan murid. Surat yang dikeluarkan pada Ahad itu memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan sejak kebelakangan ini sering berlaku kejadian culik dalam kalangan murid sekolah. “Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya. “Menghantar dan…

  • KPM perlu jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang

    KPM perlu jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mestilah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan sokongan bagi memastikan kemajuan sistem pendidikan negara, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Beliau berkata sektor pendidikan tidak seharusnya mendiskriminasi berdasarkan latar belakang, supaya lebih banyak bilangan dan kepelbagaian idea boleh dimanfaatkan untuk menambah baik sektor itu. “Ketika ada sesetengah orang yang mengatakan pendidikan kita ke belakang, saya terus…

  • 42 kes buli di sekolah di Perak sejak Januari hingga Julai 

    42 kes buli di sekolah di Perak sejak Januari hingga Julai 

    SEBANYAK 42 kes buli direkodkan di sekolah di negeri ini sejak Januari hingga Julai tahun ini berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lepas, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri. Mohd Yusri yang ditemui pemberita selepas Program #Katakan Tidak Kepada Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, di sini awal hari ini berkata data berkenaan diperoleh daripada Jabatan Pendidikan…

  • Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan

    Pemakaian pelitup muka dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan

    PEMAKAIAN pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Menerusi video di Facebooknya, Radzi berkata namun demikian, pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat ramai orang. “Selain itu, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan…

  • 110 sekolah laksana projek rintis kelas hibrid

    110 sekolah laksana projek rintis kelas hibrid

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan melaksanakan projek rintis membabitkan 550 kelas hibrid di 110 sekolah terpilih di seluruh negara bermula November depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia adalah sebahagian pelan transformasi KPM bagi memperkasa pendidikan digital negara. “Sebanyak 110 sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan dipilih dengan setiap lima…